Khas Untuk Para Lepasan SPM

Kolej Murni Tawarkan Laluan Jelas dalam Bidang Kesihatan

Daftar Sekarang

Pendaftaran

Sila pastikan mengikut format ini: 01234567890 (tanpa +6 atau simbol)

Keputusan SPM

Program

Setiap Kursus Dirangka Mengikut Permintaan Industri

Bidang Yang Sukar Digantikan Oleh AI

Peluang Kerjaya Yang Tinggi

Masa Depan Anda Bermula di Kolej Murni!

Dah jumpa kursus yang sesuai? Jom mohon sekarang! Jika anda minat bidang kesihatan, ini tempat yang tepat untuk bermula.

Dasar Privasi • Terma & Syarat

⚡️oleh Rekasawang

Scroll to Top

Diploma Sains Perubatan & Kesihatan

(R3/0913/4/0057)(03,30)(MQA/FA8746)

Program ini bertujuan melahirkan Penolong Pegawai Perubatan yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika. Pelajar akan mempelajari sistem tubuh manusia, penyakit asas dan rawatan, serta menjalani latihan klinikal di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.

Struktur pengajian terdiri daripada 3 semester pembelajaran teori & amali, diikuti 3 semester latihan klinikal. Topik utama merangkumi sistem tubuh (jantung, paru-paru, dsb.), penyakit biasa serta aspek sel dan molekul tubuh manusia.

Graduan boleh berkhidmat di hospital kerajaan atau swasta, dalam pelbagai jabatan seperti ortopedik, pembedahan, anestesia, ICU, urologi, neurologi dan banyak lagi. Mereka juga berpeluang menyambung pengajian dalam bidang berkaitan.

Graduan yang telah menamatkan pengajian mempunyai peluang pekerjaan di hospital kerajaan dan swasta, klinik kesihatan, penjara, pusat tahanan (Pusat Serenti), PLKN serta rumah warga emas. Sektor swasta seperti Petronas dan Shell (laut dalam) menawarkan skim gaji yang lebih menarik, manakala ladang seperti Guthrie dan hospital swasta lain turut menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai unit di bawah pengurusan mereka. Selain itu, graduan juga berpeluang menjadi pensyarah dalam bidang sains kesihatan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta terlibat dalam program pendidikan berkaitan kesihatan. Mereka juga boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Kesihatan, Pendidikan Kesihatan dan bidang-bidang berkaitan, sama ada di dalam atau luar negara.

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya 5 (lima) kepujian dalam subjek berikut:

a. Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia;
b. Subjek Sains:
  i) Biologi atau Kimia, ATAU
  ii) Fizik dengan Lulus dalam Biologi, ATAU
  iii) Sains Am;

c. Matematik:
  i) Matematik, ATAU
  ii) Matematik Tambahan; d. DUA (2) kepujian daripada mana-mana subjek lain (keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam subjek-subjek di bawah kategori A & B); DAN

e. Lulus dalam Bahasa Inggeris (keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris).

Calon hendaklah berumur antara 18 hingga 27 tahun, berstatus bujang (lelaki/perempuan) serta sihat dari segi mental dan fizikal.

Tahun 1
• Anatomi & Fisiologi 1 & 2
• Sains Biologi
• Mikrobiologi & Parasitologi
• Pengajian Malaysia
• Kesihatan Komuniti 1
• Sains Kejururawatan 1
• Aplikasi Komputer
• Perubatan 1
• Pembedahan 1
• Perubatan Kecemasan 1
• Kesihatan Komuniti 2
• Sains Kejururawatan 2
• Ortopedik

Tahun 2
• Pembangunan Profesional
• Perubatan 2
• Pembedahan 2
• Perubatan Kecemasan 2
• Kesihatan Komuniti 3
• Farmakologi 1
• Obstetrik & Ginekologi
• Perubatan Pencegahan & Sosial
• Sains Tingkah Laku
• Farmakologi 2
• Amalan Perubatan 1
• Amalan Pembedahan
• Amalan Psikiatri
• Amalan Kesihatan Komuniti 1

Tahun 3
• Pengenalan kepada Penyelidikan Sistem Kesihatan
• Bahasa Inggeris untuk Penjagaan Kesihatan
• Amalan Perubatan Kecemasan 1
• Amalan Kesihatan Komuniti 2
• Amalan Dewan Bedah
• Amalan ENT (Telinga, Hidung, Tekak)
• Amalan Oftalmologi (Mata)
• Amalan Pediatrik (Kanak-Kanak)
• Kemahiran Kepimpinan
• Khidmat Komuniti
• Etika & Moral Masyarakat Malaysia
• Amalan Perubatan Kecemasan 2
• Amalan Perubatan 2
• Amalan Obstetrik
• Amalan Kesihatan Komuniti 3
• Amalan Ortopedik

Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan

(R2/0414/4/044)(8,28)(MQA/FA3436)

Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran dalam pengurusan perkhidmatan kesihatan, termasuk aspek perubatan dan pengurusan. Ia bertujuan melahirkan tenaga kerja yang bersedia menghadapi cabaran industri kesihatan moden.

Struktur pengajian dibina atas 4 bidang utama: Proses Pengurusan, Polisi & Perancangan Kesihatan, Sains Tingkah Laku/Sokongan, dan Sains Asas. Semester terakhir merangkumi latihan praktikal (capstone practicum) di hospital dan komuniti.

Graduan akan bersedia untuk memegang peranan dalam pentadbiran hospital, pengurusan kesihatan awam, dan organisasi penjagaan kesihatan lain. Program ini menyasarkan pembangunan tenaga kerja yang integratif dan berdaya saing.

Pelajar yang berjaya menamatkan Program Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan selama 3 tahun di Kolej Antarabangsa Murni layak dan berpeluang untuk bekerja di Hospital, Klinik Pakar, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Pemulihan, Organisasi Kesihatan Komuniti, Agensi Penguatkuasaan, Universiti dan Institusi Penyelidikan, Rumah Jagaan, Firma Perunding Penjagaan Kesihatan, Organisasi Insurans Kesihatan dan pelbagai lagi organisasi yang berkaitan.

Lulus SPM / SPVM / O-‘Level’ dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam subjek berikut:

  1. kepujian dalam Matematik atau mana-mana subjek Sains,
  2. kepujian dalam mana-mana subjek lain,
  3. Lulus dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
    ATAU
  4. Sijil dalam Sains Kesihatan dengan minimum PNGK 2.50.

Tahun 1

• Pengenalan kepada Pengurusan Penjagaan Kesihatan
• Anatomi dan Fisiologi Asas
• Mikrobiologi Asas
• Bahasa Inggeris untuk Penjagaan Kesihatan
• Aplikasi Komputer
• Psikologi Penjagaan Kesihatan
• Etika dan Undang-Undang Perubatan
• Pengenalan kepada Alam Sekitar
• Komunikasi untuk Penjagaan Kesihatan
• Farmakologi Asas
• Pengajian Malaysia
• Kemahiran Kepimpinan
• Etika Moral Masyarakat Malaysia

Tahun 2

• Isu Semasa dalam Kesihatan
• Promosi Kesihatan
• Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
• Epidemiologi
• Penjagaan Pesakit dan Perkhidmatan Sokongan
• Pengurusan Inventori Perubatan
• Sistem Pengurusan Maklumat Penjagaan Kesihatan
• Sumber Manusia Penjagaan Kesihatan
• Pembangunan Organisasi
• Pembangunan Profesional
• Biostatistik
• Khidmat Komuniti

Tahun 3

• Pemasaran Penjagaan Kesihatan
• Metodologi Penyelidikan
• Pengurusan Risiko
• Pembiayaan Penjagaan Kesihatan
• Pengurusan Wad dan Makmal
• Pengurusan Sisa
• Ekonomi Kesihatan
• Keusahawanan Penjagaan Kesihatan
• Latihan Praktikal dalam Industri Kesihatan

Diploma Kejururawatan

(R3/0913/4/00560) (10,29) (MQA/FA5362)

Program ini direka untuk melatih pelajar menjadi jururawat profesional yang berpengetahuan, cekap dan penyayang. Pelajar akan mempelajari bidang sains kejururawatan, sains kesihatan dan sains tingkah laku, serta menjalani latihan klinikal di hospital milik Kolej Antarabangsa Murni. Mereka juga akan terlibat dalam penjagaan komuniti dan kesihatan mental.

Struktur pengajian merangkumi pembelajaran teori, kerja makmal dan latihan klinikal. Semester akhir melibatkan penempatan klinikal untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu dalam persekitaran sebenar. Pelajar dibimbing oleh pensyarah dan jurulatih klinikal yang berpengalaman serta berdedikasi.

Graduan diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia, dan berpeluang bekerja di dalam dan luar negara. Jururawat lelaki juga semakin mendapat tempat dalam bidang ini. Program ini menyediakan graduan untuk memberi penjagaan holistik di peringkat primer, sekunder dan tertier.

Pelajar yang telah berjaya menamatkan Program Diploma Kejururawatan selama 3 tahun di Kolej Antarabangsa Murni adalah layak untuk menduduki Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) di peringkat kebangsaan. Setelah berjaya, mereka akan dianugerahkan gelaran Jururawat Berdaftar (State Registered Nurse, SRN).

Calon yang berjaya akan berpeluang bekerja sebagai Jururawat Terlatih di Hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Institusi Perubatan Khas, Hospital Swasta, Klinik Kesihatan Awam, Klinik Swasta, Rumah Penjagaan, Perkhidmatan Kejururawatan di Rumah, serta berpeluang untuk bekerja di peringkat antarabangsa seperti di Timur Tengah (contohnya Arab Saudi), Singapura, Jerman dan lain-lain.

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya 5 (lima) kepujian dalam subjek berikut:

a. Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia,
b. Matematik, DAN
c. Subjek Sains:

  • Kepujian dalam Sains Am (bagi pelajar aliran Sastera), ATAU
  • Kepujian dalam Biologi, ATAU
  • Kepujian dalam Kimia atau Fizik dan Lulus dalam Biologi (bagi pelajar aliran Sains)

Nota: Gabungan Kimia dan Fizik tanpa Biologi adalah tidak diterima.

DAN
a. Kepujian dalam 2 subjek lain, DAN
b. Lulus dalam Bahasa Inggeris

Syarat Tambahan:

  • Umur: 18 – 27 tahun
  • Taraf perkahwinan: Bujang (lelaki/perempuan)
  • Sihat dari segi mental dan fizikal

Tahun 1
• Anatomi & Fisiologi 1 & 2
• Prinsip dan Amalan Perkembangan Kejururawatan
• Psikologi, Psikologi Perkembangan dan Sosiologi
• Hubungan Interpersonal dan Komunikasi Perhubungan Awam
• Bahasa Inggeris untuk Penjagaan Kesihatan
• Pengenalan kepada Kejururawatan Pembedahan
• Pengenalan kepada Kejururawatan Perubatan
• Prinsip dan Amalan Kejururawatan
• Mikrobiologi dan Parasitologi
• Farmakologi
• Pengenalan kepada Sistem Komputer
• Amali Klinikal

Tahun 2
• Penjagaan Pesakit dengan Gangguan Sistem Gastrousus
• Penjagaan Pesakit dengan Gangguan Sistem Kardiovaskular
• Penjagaan Pesakit dengan Gangguan Sistem Pernafasan
• Penjagaan Pesakit dengan Gangguan Sistem Hemopoietik & Onkologi
• Pengajian Malaysia
• Penjagaan Pesakit dengan Gangguan Sistem Reproduktif dan Salur Kencing
• Penjagaan Pesakit dengan Gangguan Sistem Endokrin
• Kejururawatan Obstetrik
• Kejururawatan Kesihatan Awam
• Amali Klinikal

Tahun 3
• Telinga, Hidung, Tekak (ENT) & Mata
• Gangguan dalam Sistem Saraf dan Deria (C&S)
• Ortopedik & Geriatrik
• Ortopedik & Geriatrik (diulang)
• Amali Klinikal

Diploma Pengurusan Industri Halal

(R2/0414/4/044)(8,28)(MQA/FA3436)

Diploma Pengurusan Industri Halal direka khas untuk melahirkan graduan yang kompeten, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran industri halal yang semakin berkembang di peringkat tempatan dan global.Melalui program ini, pelajar akan didedahkan kepada ilmu teori dan praktikal dalam bidang halal seperti undang-undang dan standard halal Malaysia, pengurusan sistem jaminan halal, audit dalaman halal, serta kefahaman asas Syariah dan Fiqh semasa.

Tempoh pengajian hanya 2 tahun 6 bulan. Struktur pengajian merangkumi pembelajaran teori dan amali. Di akhir tahun pengajian, pelajar akan menjalani latihan industri di syarikat atau institusi yang berkaitan pengurusan halal dalam sektor menarik yang menjadi pilihan pelajar. Sektor produk dan perkhidmatan tersebut merangkumi produk makanan & minuman, premis makanan, farmaseutikal, kosmetik, peranti perubatan, rumah sembelihan mahupun logistik.

Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya luas dalam sektor halal, sama ada di agensi kerajaan, syarikat multinasional, atau sebagai usahawan halal.
Mereka juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang seperti Halal Management, Halal Science, Syariah lain-lain.

Dengan permintaan tinggi terhadap kepakaran halal, graduan program ini berada di landasan tepat untuk menjadi agen perubahan dalam pembangunan industri halal negara.

  1. Pegawai Halal / Eksekutif Halal
    • Di syarikat makanan atau minuman, kosmetik, farmaseutikal, logistic dll
  2. Auditor Halal / Juruaudit Halal Dalaman
    • Menjalankan audit dalaman dan audit luar
  3. Perunding Halal / Halal Consultant
    • Menyediakan khidmat nasihat kepada syarikat untuk mohon sijil halal
  4. Pensyarah / Tenaga Pengajar Halal
    • Di IPT dan institusi latihan kemahiran halal
  5. Pegawai Penguatkuasa Halal
    • Bertugas di JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri
  1. Lulus SPM dengan kepujian dalam mana-mana 3 mata pelajaran atau mana-mana kelayakan yang setara dengannya; ATAU
  2. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana mata pelajaran atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) minima Gred Maqbul; ATAU 
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU 
  5. Sebarang kelayakan setara dengan Sijil (Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia, MQF)

TAHUN PERTAMA

  • Bahasa Kebangsaan A**
  • Kemahiran
  • Kepimpinan
  • Pembangunan dan
  • Pengurusan Islam
  • Konsep dan Falsafah
  • Produk Halal
  • Pengenalan Kepada
  • Teknologi Maklumat
  • Teknik Berfikir Kreatif & Kritis
  • Pengurusan Audit Halal
  • Aqidah Islamiyyah
  • Asas Operasi Industri Makanan Halal
  • Standard Halal Malaysia
  • Usul Fiqh
  • Pengajian Malaysia 2
  • Communication Skills
  • Qawaid Fiqhiyyah


TAHUN KEDUA

  • Pengurusan Produk dan Perkhidmatan Halal
  • Pengurusan
  • Keselamatan Makanan
  • Undang-undang Berkaitan Pengurusan Industri Halal
  • Khidmat Masyarakat
  • Asas Keusahawanan Halal
  • Matematik
  • Perniagaan
  • Pengurusan Penyembelihan Halal
  • Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia
  • Fiqh al-Istihlak asl-Islam
  • Teknologi Pemakanan Halal
  • Industri Halal Antarabangsa
  • Pengenalan Kepada Kewangan Islam
  • Asas Dakwah*
  • Pengenalan Kepada Zakat *
  • Pengurusan Logistik Halal

TAHUN KETIGA

  • Latihan Industri